Thursday, January 30, 2020

LAWATAN DAN PEMANTUAN DI LOKASI PENUGASAN ANGGOTA APM BATANG PADANG DI TOL TAPAH

30 JANUARI 2020,Pada jam 1200 KAPT.(PA) NASARUDIN BIN ABU BAKAR bersama 1x pegawai dan 2x anggota lain-lain pangkat telah membuat lawatan dan pemantuan  petugas OP SELAMAT di Plaza Tol tapah untuk memastikan anggota petugas berada dalam keadaan kemas dan berdisiplin sentiasa bersiap sedia menerima panggilan kecemasan.


KAPT.(PA) NASARUDIN BIN ABU BAKAR sedang mendatangi buku pelawat.


Akhir kata,anggota petugas OP SELAMAT berada dalam keadaan bersiap sedia,kemas dan berdisiplin dan bersiap sedia menerima panggilan kecemasan.






Thursday, January 16, 2020

PELANCARAN PROGRAM FOODBANK YaPEIM 1.0

16 JANUARI 2020,Pada jam 0900 4x anggota APM Batang Padang telah diarahkan untuk memberi bantuan pasukan petugas kecemasan  (PC) bagi program FOODBANK YaPEIM Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Nazrin Muizzudin Shah.Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB DATO'SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU Menteri Besar PERAK DARUL RIDZUAN.




Anggota APM Batang Padang di MASJID SULTAN NAZRIN
untuk Standby Medik


Taklimat dan Perasmian PROGRAM FOODBANK YaPEIM oleh 
YAB DATO' SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO' AZUMU.



Kesimpulanya,Program tersebut telah berjalan dengan lancar.Program tersebut tamat pada jam 13:00 dan telah berjaya sampai di PKOD Batang Padang pada jam 13:45 dengan selamat.









Thursday, January 9, 2020

PROSES PEMBELAJARAN BERTERUSAN APM BATANG PADANG 2020

9 JANUARI 2020,Pada jam 10:00 di Pkod Batang padang telah diadakan pembelajaran mengenai pengenalan APM kepada anggota APM Batang Padang tujuannya supaya semua anggota mengetahui maksud dan pengenalan APM. SM.(PA).MOHD RAMLI BIN MOHD ALI telah menyampaikan sedikit ilmu mengenai APM kepada anggota Batang Padang.


SM.(PA).RAMLI sedang menyampaikan ilmu pengenalan APM kepada
anggota APM batang padang.



Kesimpulanya,anggota telah mempelajari banyak ilmu mengenai APM seperti maksud APM,skop kerja APM dan sebagainya.

Friday, January 3, 2020

UJIAN PENGEDALIAN BOAT KEPADA ANGGOTA APM DAERAH BATANG PADANG

 30 DISEMBER 2019,Pada jam 08:00 di TASIK SUNGKAI telah diadakan Ujian pengedalian boat kepada anggota APM Batang Padang tujuannya  untuk membuat persiapaan menghadapi bencana alam.2x Pegawai tetap APM Batang Padang KAPT.(PA) NASARUDIN BIN ABU BAKAR bersama LTM.(PA) MUNIR WAN SHAHLAN BIN MOHD NAZRI telah mengendali dan membuat Ujian Pengedalian Boat kepada anggota APM Batang Padang.


 LTM.(PA) MUNIR WAN SHAHLAN membuat Ujian pengedalian boat
 kepada anggota APM Batang Padang.




Pada jam 13:00 anggota berjaya melepasi Ujian Pengedalian Boat dengan baik.Anggota telah selamat sampai di PKOD Batang padang.Kesimpulanya,anggota telah mempelajari cara-cara mengendali boat.







OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...