Thursday, March 26, 2020

LAPORAN KEJADIAN RIBUT 2 BUAH KAMPUNG DI BIDOR

Pada tarikh 26 MARCH yang lalu,APM Daerah Batang Padang telah menerima 1x kes ribut dan 2x kes  pada 1715hrs.Bertindak atas maklumat tersebut,anggota bertugas iaitu 2x pegawai pasukan dan 5x anggota lain-lain pangkat bertindak segera ke tempat kejadian di lokasi KG Padang Simpang 3 Bidor yang menglibatkan sebuah rumah dihempap pokok pada bahagian garaj dapur dan lokasi kedua di KG Rahmat Bidor yang mengalami kerosakan pada bahagian dapur puncanya daripada sebuah pokok yang menghempap kedua-dua buah rumah.Mangsa-mangsa tersebut tidak mengalami kecederaan dan tiada kemalangan jiwa.Anggota APM Batang Padang telah berjaya membersihkan dan mengalihkan pokok yang menghempap kedua-dua buah rumah dengan selamat.Akhir kata,anggota APM Batang Padang selamat sampai di Pusat Kawalan Operasi Daerah Batang Padang(PKOD)pada jam 18:45.



Anggota sedang memotong dan mengalihkan pokok tersebut.



Anggota APM Batang Padang sedang mengalihkan pokok yang
menghempap rumah mangsa di BIDOR.

Wednesday, March 25, 2020

PENUGASAN RONDAAN PKP COVID-19 APM BERSAMA AGENSI DAERAH BATANG PADANG

Pada tarikh 25 March yang lalu,anggota APM Batang Padang telah melakukan penugasan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Covid-19 di Pasar Awam Tapah pada jam 0700hrs,dengan kekuatan 1x pegawai pasukan dan 3x anggota lain-lain pangkat.Agensi lain yang terlibat untuk Penugasan Rondaan PKP COVID-19 bersama APM adalah PDRM,RELA,dan MDT.Anggota APM Batang Padang melaksanakan tugasan kawalan orang awam masuk ke Pasar Awam Tapah bersama PDRM,RELA,dan MDT di pasar awam Tapah.Seterusnya,mengawal dan menjaga jarak orang awam memasuki pasar awam Tapah.Akhir kata,anggota APM Batang Padang telah selamat sampai di Pusat Kawalan Operasi Daerah Batang Padang(PKOD) pada jam 1200.



Anggota APM Batang Padang mengawal pergerakan orang ramai memasuki 
pasar awam Tapah bersama agensi RELA.




Thursday, March 19, 2020

UJIAN KECERGASAN DAN FIZIKAL KEPADA ANGGOTA ATTACHMENT SIRI 1/2020

Pada 19 MARCH 2020(Khamis),PDPA Batang Padang telah melaksanakan Ujian Kecergasan dan Fizikal untuk anggota baru Kursus Asas.Seramai 13x anggota attachment membuat Ujian Kecergasan dengan bertujuan menjaga kecergasan diri dari masa ke semasa.PPAD menasihati kepada anggota attachment agar sentiasa cergas dan  bersiap sedia dari segi fizikal dan mental.Pada akhir sesi ujian,anggota attachment telah berjaya melepasi Ujian Kecergasan dengan cemerlang dan tamat pada jam 1600.


Antara ujian yang dijalankan kepada anggota attachemnt
APM Batang Padang Siri 1/2020




Friday, March 6, 2020

MAJLIS PERHIMPUNAN WARGA KERJA PERKHIDMATAN AWAM DAERAH BATANG PADANG

Pada 6 March 2020 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Warga Kerja Perkhidmatan Awam Daerah Batang Padang bertempat di Dewan Merdeka Tapah,Perak yang telah dihadiri dan terdiri dari semua lapisan Ketua Jabatan dan Pegawai yang terhormat terdiri dari semua Jabatan dan Agensi kerajaan.Perhimpunan telah dimeriahkan dengan penyampian benih Pokok Merbau dan Sijil Perhargaan kepada semua Jabatan dan Agensi kerjaan Daerah Batang Padang.Majlis dirasmikan oleh YANG DIHORMATI PEGAWAI DAERAH BATANG PADANG,TUAN SHAHRUL AFFENDI BIN BAHARUDIN.APM Batang Padang menerima benih Pokok Merbau dan Sijil Perhargaan.Majlis bermula pada jam 0800 dan berakhir pada jam 1100.



Thursday, March 5, 2020

LAIN LAIN KES (POKOK TUMBANG)

5 MARCH 2020 pada jam 1408H,petugas Pusat Kawalan Operasi Daerah(PKOD) Batang Padang telah menerima 1x lain lain kes (pokok tumbang) sumber dari RCKL di alamat,Jalan Pahang,Tapah.PKOD Batang telah menghantar pasukan respon dengan kekuatan 6x anggota lain-lain pangkat di lokasi kejadian tersebut.Setibanya di lokasi,anggota telah menjumpai sebatang pokok yang menghalang jalan.Akhir kata,anggota telah berjaya mengalihkan pokok dan membershihkan jalan dengan selamat dan anggota selamat tiba di PKOD Batang Padang pada 1608.



Anggota sedang mengalihkan pokok dan membersihkan jalan.

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...