Tuesday, July 7, 2020

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG

Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kejadian banjir kilat di Kampung Klah Baru. Seramai 12 penduduk daripada 6 keluarga terpaksa dipindahkan malam tadi apabila rumah mereka, telah dilanda banjir kilat. Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna kampung tersebut. APM Daerah Batang Padang telah  menggerakkan pegawai dan anggota serta logistik dalam operasi menyelamatkan penduduk yang terjejas teruk akibat banjir kilat. Mangsa terdiri daripada empat lelaki dewasa,lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak  perempuan. Berapa agensi lain juga yang turut terlibat membantu ialah JBPM, PDRM, JKM, Penghulu Mukim, Pejabat Daerah dan Pejabat DO.
















OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...