Thursday, May 30, 2019

KES KEMALANGAN JALAN RAYA - OP SELAMAT 15


PROGRAM DERMA DARAH DI PUSAT TRANSFUSI DARAH HOSPITAL TELUK INTAN

Pada 30 Mei 19 (Khamis), Pusat Transfusi Darah Hospital Teluk Intan telah menjemput pegawai dan anggota APM Batang Padang untuk menderma darah di Pusat Transfusi Darah yang merupakan program tetap APM Batang Padang. APM Batang Padang telah menghantar 8 anggota untuk menderma darah dan juga turut disertai pegawai dan anggota dari daerah lain iaitu APM Bagan Datuk dan APM Hilir Perak. Program dimulakan dengan majlis tahlil dan berbuka puasa bersama-sama dengan kakitangan hospital dan kakitangan Pusat Transfusi Darah Hospital Teluk Intan. Program  berakhir pada jam 2200H.

Sijil Penghargaan kepada APM Batang Padang

Anggota sedang menunggu giliran 
untuk menderma darah

Sebahagian anggota yang masih membuat
pendaftaran



Menunggu untuk ujian darah sebelum menderma

Sebahagian staf hospital yang sedang bertahlil
sebelum waktu berbuka puasa

Anggota APM Bagan Datuk dan Hilir Perak

Wednesday, May 29, 2019

MAJLIS PEMBUNGKUSAN JUADAH HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK PASUKAN BERUNIFORM YANG BERTUGAS SEPANJANG HARI RAYA DI DEWAN BANQUET, BANGUNAN SUK PERAK DARUL RIDZUAN

Pada 29 Mei 2019, bertempat di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak Darul Ridzuan, telah berlangsung majlis Pembungkusan Juadah Hari Raya untuk pasukan beruniform yang akan bertugas pada hari raya. APM Batang Padang telah menghantar 5 anggota ASTP bagi membantu majlis tersebut. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan turut serta isteri Datin Dr. Nomee Ashikin bt Mohamed selaku Penaung KASIH.

Setiap kotak makanan berisi rendang tok, serunding, kuah kacang, beras dan kopi. Antara pasukan yang menerima bungkusan juadah itu adalah PDRM, Markas 2 Briged Infantri, Pasukan Gerakan Am (PGA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Pasukan 69 Komando, Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Relawan Rakyat (RELA).







Barisan APM dan JPBM

Pegawai APM Negeri turut serta 
memeriahkan majlis tersebut

Datin Dr. Nomee Ashikin Mohammed bersalaman 
dengan anggota

Proses memasukkan paket makanan 
ke dalam plastik

Pembungkusan terakhir ke dalam kotak
anggota APM dari daerah lain

PENGAKTIFAN POS OP SELAMAT 15


Pada 29 Mei 2019 jam 0900H, APM Batang Padang telah mula mengaktifkan Pos Op Selamat 15 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri lokasi bertempat Tol Tapah. PPAD telah membuat pemantauan pengaktifan Pos Op Selamat 15 dan menentukan segalanya berjalan seperti dirancang melalui arahan  yang telah dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi APM. 

Kawasan tanggungjawab meliputi Ipoh ke Slim River melibatkan pengoperasian kenderaan MVA dan Motosikal Skuad Pantas bagi tugas perubatan kecemasan seperti kemalangan jalanraya. Seperti mana operasi-operasi yang lalu dalam Op Selamat, kita masih mengekalkan kerjasama bersama JBPM dan PLUS selain agensi sokongan yang lain seperti PDRM dan JPJ. 

Anggota bertugas di Pos Op Selamat 15

Kenderaan MVA yang digunakan sepanjang 
operasi

Motosikal Skuad Pantas yang digunakan 
sebagai team pendahulu ke tempat kejadian

Sunday, May 26, 2019

MAJLIS JALINAN KASIH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA BERSAMA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MEDIA PERAK

Pada 23 Mei 2019 yang lalu, bertempat di Dewan Banquet Bangunan, Kompleks Pejabat KDN, Ipoh, APM Perak telah menganjurkan Majlis Jalinan Kasih APM bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak. APM Daerah Batang Padang menghantar wakil pegawai dan anggota bagi membuat persiapan tempat makan, PA sistem dan ruang solat di dewan berkenaan. Turut bersama membantu bagi kelancaran majlis APM dari daerah lain di dalam negeri Perak.

Pada majlis berkenaan, turut di hadiri TPj. (PA) Norhafifi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), YS Kol. (PA) Noor Azam bin Johari, Pengarah APM Perak, Pegawai-Pegawai Kanan APM, agensi di jemput dan wakil media Perak. Beberapa program telah dilaksanakan sepanjang majlis berkenaan antaranya tazkirah, berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, penyampaian sumbangan oleh YB Sivakumar al Varatharaju Naidu, Ahli Parlimen Batu Gajah. Majlis berakhir pada jam 2200H






MAJLIS SAMBUTAN NUZUL QURAN DAN IFTAR SERTA PERASMIAN PROGRAM TADABBUR AL-QURAN

Pada 21 Mei 2019 (Selasa), APM Batang Padang telah menghantar wakil anggota ke Majlis Sambutan Nuzul Quran di Masjid Toh Puan Hatijah, Batu Gajah. Pada majlis tersebut, turut dihadiri anggota APM dari daerah lain bagi memenuhi tuntutan jemputan memeriahkan majlis Nuzul Quran dan berbuka puasa. Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat sempena Aidilfitri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM 1.9 juta kepada penghulu dari lapan mukim untuk diserahkan kepada 7,610 penerima yang layak.

Sultan Nazrin turut berkenan melancarkan Program Tadabbur Al-Quran. Selesai majli, Sultan Nazrin berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawikh secara berjemaah sebelum berangkat pulang. Majlis tamat pada jam 2230H.





Wednesday, May 8, 2019

MESYUARAT PENGURUSAN BENCANA DAERAH BATANG PADANG BIL 1/2019

Pada 07 Mei 2019 mulai jam 1400H hingga 1540H, Pegawai Daerah Batang Padang, Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang yang di hadiri seramai 24 orang mewakili agensi-agensi yang terlibat antaranya:

        -    PDRM
        -    4 RAMD
        -    JBPM
        -    APM
        -    RELA
        -    Majlis Daerah Tapah (MDT)
        -    Pejabat Kesihatan Daerah
        -    Jabatan Meteorologi
        -    TNB
        -    JKM
        -    JPS
        -    Jabatan Pertanian Daerah
        -    Jabatan Penerangan
        -    LAP
        -    JKR
        -    Penghulu-penghulu Mukim

Sepanjang mesyuarat dilaksanakan, beberapa perkara dibangkitkan antaranya berkaitan dengan membuat penambahan pusat pemindahan dari yang sedia ada, pembentangan terperinci dari Jabatan Meteoroligi amaran terkini cuaca,  Pengerusi mahukan semua agensi bekerjasama dalam pengurusan bencana walau pada dasarnya, Daerah Batang Padang bukanlah lokasi yang kerap menghadapi bencana alam. Kapt (PA) Shahrizal bin Hussin bertindak sebagai Setiusaha mesyuarat.





       

LATIHAN MENGENDALI BOT 14 KAKI DAN BOT ALUMINIUM 17 KAKI DI TASIK TEMOH

Pada 2 Mei 2019 yang lalu, APM Daerah Batang Padang dan APM Daerah Bagan Datuk telah melaksanakan latihan bersama pengendalian bot di Taman Tasik Temoh, Tapah mulai jam 0800 hingga 1600. Tujuan latihan adalah memberi pendedahan kepada semua lapisan Pegawai dan anggota cara pengendalian bot enjin 15hp dan enjin 60hp. Seramai 36 orang telah melibatkan diri di dalam latihan ini yang dilaksanakan sebelum sebelum memasuki bulan Ramadhan.

Sepanjang latihan dilaksanakan kesemua pegawai dan anggota telah dapat mengendalikan bot berkenaan dengan baik dan mencapai objektif latihan. APM Daerah Batang Padang berharap mendapat kerjasama pada latihan akan bersama-sama dengan APM dari daerah yang lain dalam latihan pengendalian bot.






KURSUS PENGENDALIAN BOT MENYELAMAT PANTAI RIB 4.0M DAN BOT ALUMINIUM 5.4M DI TERENGGANU

Pada 26 hingga 28 Apr 19 yang lalu, Daerah Batang Padang telah menghantar seorang pegawai pasukan untuk menghadiri Kursus Pengendalian Bot Penyelamat Pantai RIB 4.0M dan Bot Aluminium 5.4M bagi APM negeri-negeri utara semenanjung dan merupakan siri terakhir kursus.
Kursus telah dihadiri seramai 50 orang terdiri dari Pegawai dan Anggota APM dari negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Kursus berkenaan telah dilaksanakan di Motel Desa dan di Limbungan MSET Kuala Terengganu dan beberapa pendedahan berkenaan bot berkenaan telah diberikan seperti:

                    - Mengenal enjin Suzuki 60hp dan 40hp.
                    - Mengenal bahan yang digunakan dalam pembuatan kedua-dua jenis bot berkenaan.
                    - Mengenal trailer bot.
                    - Pengendalian bot penyelamat RIB 4.0 dan bot aluminium 5.4m di sekitar Pulau
                      Kambing.

Latihan ini penting bagi semua unit pengendali bot terutamanya unit yang mempunyai kedua-dua jenis bot berkenaan agar setiap kerosakan, pengendalian dibuat dengan betul bagi meminimumkan kerosakan yang lebih serius bagi melindungi aset berkenaan agar lebih tahan lama dan sedia digunakan setiap masa.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh TPj. (PA) Norhafifi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) di Motel Desa, Kuala Terengganu. Beliau mengingatkan kepada semua yang menghadiri kursus ini agar memanfaatkan segala yang telah dipelajari dan dapat mengendalikan aset tersebut dengan baik.






OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...