Pada 29 Mei 2019 jam 0900H, APM Batang Padang telah mula mengaktifkan Pos Op Selamat 15 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri lokasi bertempat Tol Tapah. PPAD telah membuat pemantauan pengaktifan Pos Op Selamat 15 dan menentukan segalanya berjalan seperti dirancang melalui arahan yang telah dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi APM.
Kawasan tanggungjawab meliputi Ipoh ke Slim River melibatkan pengoperasian kenderaan MVA dan Motosikal Skuad Pantas bagi tugas perubatan kecemasan seperti kemalangan jalanraya. Seperti mana operasi-operasi yang lalu dalam Op Selamat, kita masih mengekalkan kerjasama bersama JBPM dan PLUS selain agensi sokongan yang lain seperti PDRM dan JPJ.
Anggota bertugas di Pos Op Selamat 15
Kenderaan MVA yang digunakan sepanjang
operasi
Motosikal Skuad Pantas yang digunakan
sebagai team pendahulu ke tempat kejadian



No comments:
Post a Comment