Tuesday, June 18, 2019

LAWATAN PENGARAH APM NEGERI DAN PPAD KE ATAS ANGGOTA DAERAH PERAK TENGAH YANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN JALANRAYA

Pada 17 Jun 2019 (Isnin), Pengarah APM Perak bersama PPAD Batang Padang, PPAD Perak Tengah dan PPAD Manjung, hadir bersama di Hospital Manjung untuk melihat keadaan anggota APM Perak Tengah iaitu Kpl. (PA) Khairul Anuar bin Musa yang terlibat dengan kemalangan ketika pulang setelah tamat tugas di PKOD pada 16 Jun 19.  Hasil dari lawatan tersebut, Pengarah APM Perak telah bertemu waris anggota iaitu anak perempuan anggota bagi membincangkan jenis bantuan yang boleh diusahakan bagi meringankan beban waris anggota berkenaan dan Pengarah telah mengarahkan agar dilancarkan Tabung Kutipan Derma APM Perak untuk anggota berkenaan.

Antara kecederaan yang dialami anggota adalah seperti berikut berdasarkan kepada diagnosis awal Doktor

- Patah peha kanan
- Patang betis kanan
- Patah pinggul kanan
- Patah 3 batang tulang selangka dada
- Luka tangan kanan, kaki kiri dan kanan.

Lawatan juga turut dihadiri saudara-mara dan sahabat-sahabat dari APM Batang Padang, APM Perak Tengah dan APM Manjung. Lapisan Pegawai dan anggota dari APM Batang Padang mendoakan agar anggota diberi kesembuhan oleh Yang Maha Esa.

PPAD APM Batang Padang, PPAD Perak Tengah 
dan PPAD Manjung


Pengarah APM Perak membincangkan sesuatu
dengan saudara/adik beradik anggota

Pengarah bertanyakan sesuatu kepada anak 
anggota

Sebahagian dari anggota yang datang melawat 
Kpl. (PA) Khairul Anuar bin Musa



Keadaan motosikal anggota


Kenderaan yang terlibat dengan kemalangan

No comments:

Post a Comment

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...