Kg Klah Baru Sungkai - Pada 11 Jun 2019 APM Daerah Batang Padang telah mengerakkan pegawai dan anggota bagi membantu memindahkan penduduk Kg Klah Baru Sungkai yang dilanda banjir kilat, ke Pusat Pemindahan (PP) PPAD APM Daerah Batang Padang selaku Sekretariat Bencana Daerah Batang Padang, turut bersama untuk melihat segala tugasan yang dilaksanakan anggota dan kelancaran operasi pemindahan berjalan dengan lancar.
Kenaikan paras air adalah disebabkan hujan yang berpanjangan serta keadaan sungai yang cetek dan sempit menyebabkan limpahan air dari atas tidak dapat menampung sungai berkenaan sehingga menyebabkan banjir dan paras air di daratan naik sedalam 1 meter. Selain dari anggota APM (APM Batang Padang, Muallim dan Manjung), beberapa agensi lain juga terlibat di dalam operasi berkenaan iaitu PDRM, JBPM dan JKM. Berikut adalah info berkaitan operasi berkenaan:
Bilangan Keluarga : 10
Lelaki Dewasa : 10
Perempuan Dewasa : 10
Kanak-kanak Lelaki : 2
Kanak-kanak Perempuan - 5
Bayi : -
Warga emas perempuan : 2
Warga emas lelaki : -
Jumlah Keseluruhan : 29
Operasi bermula pada 11 Jun 2019 (0730H) dan berakhir pada 12 Jun 2019 (0830H). Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang pada 12 Jun 2019 setelah paras air sungai mulai surut.
Persiapan Pusat Pemindahan
PPAD bertanyakan sesuatu kepada penduduk
Sebahagian dari bantuan yang dihantar ke
Pusat Pemindahan
Pergerakan anggota ke kawasan dilanda banjir
Sebahagian bantuan yang telah tiba
Partition
Pihak JKM dan PDRM yang turut membantu
Pendaftaran mangsa yang dipindahkan
oleh JKM dan PDRM
Lokasi yang dinaiki air











No comments:
Post a Comment