Friday, July 19, 2019

LATIHAN JASMANI DAN KECERGASAN DI PDPA BATANG PADANG

Pada 19 Jul 19 (Jumaat), PDPA Batang Padang telah melaksanakan latihan jasmani dan kecergasan. Seramai 15 x anggota telah turut serta di dalam latihan tersebut dengan bertujuan menjaga kecergasan diri sebilang masa.  PPAD menyarankan agar anggota di pasukan sentiasa cergas dan bersedia dari segi mental dan fizikal.






Wednesday, July 17, 2019

KES MENANGKAP ULAR


PEMERIKSAAN BARANG-BARANG STOR DAN KENDERAAN OLEH KAPT. (PA) NASARUDIN BIN ABU BAKAR

Pada 17 Jul 2019 (Rabu), PPAD yang baharu telah membuat pemeriksaan ke atas peralatan berenjin dan kenderaan bagi memastikan peralatan operasi berada dalam keadaan baik dan memuaskan serta boleh digunakan sebilang masa. Setelah dibuat penelitian, beliau mengarahkan beberapa perkara perlu di ambil tindakan dan perkara ini perlu disampaikan kepada semua lapisan anggota.





PERBARISAN MINGGUAN BERSAMA PPAD BATANG PADANG YANG BAHARU, KAPT. (PA) NASARUDIN BIN ABU BAKAR

Pada 15 Jul 2019 (Isnin) yang lalu, PPAD yang baharu Kapt. (PA) Nasarudin bin Abu Bakar buat pertama kali bertemu dengan anggota APM Daerah Batang Padang pada perbarisan mingguan. Perbarisan mingguan dihadiri anggota ASTP dan anggota bertugas shift pagi. Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan anggota agar menerima segala perubahan yang akan dilaksanakan oleh beliau. PPAD menekankan pentingnya disiplin dalam bekerja seperti tidak bermain dengan permainan dalam talian ketika bertugas, memotong rambut tidak mengikut pematuhan yang telah digarisakan oleh jabatan, membuang sampah merata-rata terutama puntung rokok bagi yang merokok dan datang lebih awal sebelum serah menyerah dengan shift berikutnya.  






Tuesday, July 16, 2019

LATIHAN KAWAD KAKI UNTUK PESERTA KURSUS MENJARO KEMAS SELURUH NEGERI PERAK

Pada 14 Jul 2019 yang lalu, KEMAS telah menganjurkan kursus MENJARO KEMAS bagi negeri Perak bertempat di Sentosa Eco Park, Chenderiang Tapah. Seramai 550 kakitangan dikalangan guru dan pekerja KEMAS telah menghadiri kursus berkenaan. APM Daerah Batang Padang, telah dijemput untuk, memberi tunjuk ajar dalam pelajaran kawad kaki. Seramai 10 orang anggota yang berpengalaman di dalam kawad kaki, telah dihantar untuk tujuan tersebut.

Secara keseluruhan latihan tersebut telah dapat memberi pendedahan kepada peserta, para guru dan pekerja di KEMAS begitu positif ketika melaksanakan latihan yang dijalankan. Latihan bermula jam 0630H dan berakhir pada jam 0730H.


Anggota sedang melatih kakitangan KEMAS


Sedang tekun mendengar taklimat

Seramai 550 kakitangan KEMAS hadir 
untuk latihan kawad kaki

Lokasi 

HIMPUNAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (HIPA 2019) PISPA KOLEJ KOMUNITI SELURUH NEGERI PERAK

Pada 05 hingga 07 Jul 2019 yang lalu, telah berlangsung Himpunan Angkatan Pertahanan Awam (HIPA 2019) PISPA Kolej Komuniti seluruh negeri Perak di tapak perkhemahan Bukit Larut, Taiping. APM Daerah Batang Padang telah menghantar seramai 10 orang  pelajar kolej Komuniti Tapah termasuk pegawai pengiring ke perhimpunan tersebut. Sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung, beberapa acara telah dipertandingkan antaranya, 

-   Jungle Tracking. 
-   Memasak kecemasan. 
-   PISPA Skill.
          - Melawan kebakaran. 
          - Ascending Semi Mechanical. 
          - Menyelimut Usungan. 
          - Mengangkat tayar.

PISPA di bawah kelolaan APM Daerah Batang Padang hanya berjaya menduduki tempat ke 4 dari 10 pasukan yang bertanding. HIPA 2019 menerapkan semangat setiakawan antara anggota PISPA dari seluruh negeri Perak. Semoga ianya memberi manfaat dan pengajaran buat semua yang terlibat. 

PPAD Batang Padang beri taklimat sebelum 
PISPA Tapah memulakan pertandingan

Sebahagian PISPA Kolej Komuniti seluruh 
negeri Perak yang mengambil bahagian

Ascending Semi Mechanical

Menyelimut Usungan



MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM PERINGKAT NEGERI PERAK

Pada 3 Jul 2019 yang lalu, APM Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Negeri Perak. Seluruh APM daerah telah mengambil bahagian menyediakan gerai bagi tujuan berkenaan dan APM Daerah Batang telah mengambil bahagian dengan menyediakan menu sate ayam. APM Daerah Batang Padang, dipertanggungjawab untuk menyediakan keperluan juruacara majlis, pembaca doa dan PA sistem. Majlis bermula pada jam 1200H dan berakhir pada jam 1600H. Sepanjang majlis, para tetamu dihiburkan dengan dengan nyanyian lagu raya oleh band muzik dari APM Daerah Kampar. Majlis dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai yang dihias dengan indah dan cantik oleh anggota-anggota dari APM daerah masing-masing.

Juruacara majlis dari kalangan anggota
APM Daerah Batang Padang

Team pembakar sate APM Daerah Batang Padang

PPAD APM Daerah Batang Padang bersama
dengan PPAD dari daerah lain

Anggota yang terlibat dengan tugas Juruacara
dan Usherer

Anggota menyediakan bara api untuk membakar sate

KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 2/2019

Pada 29 dan 30 Jun 2019 yang lalu, seramai 46 orang telah menghadiri Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 2/2019. Sepanjang kursus berlangsung, beberapa pelajaran dan kemahiran telah diterapkan kepada anggota baru. Antara pelajaran dan kemahiran yang telah diajar masa kursus tersebut adalah

             -  Melawan Kebakaran.
             -  Pengenalan kepada APM.
             -  Kawad kaki statik dan dinamik.
             -  Asas pertolongan cemas.
             -  Ikatan
             -  Menyelimut usungan.

Kesemua peserta kursus telah menamatkan kursus dengan jayanya.






MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA APM PERINGKAT KEBANGSAAN DI ALPHA BANGI

Pada 27 dan 28 Jun 19 yang lalu, peganjuran Majlis Hari Raya Peringkat Kebangsaan peringkat Kebangsaan telah di adakan di padang kawad Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi. Sebanyak 15 gerai dari Ibu Pejabat, negeri dan pusat latihan yang telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut. Majlis di hadiri YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah bt Dr. Wan Ismail,  Timbalan Perdana Menteri, dif dif kehormat dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam, YS Datuk KPj.(PA) Roslan bin Wahab.

Sepanjang majlis berlangsung, beberapa acara telah di persembahkan antaranya lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke gerai-gerai yang mengambil bahagian, persembahan nyanyian oleh artis jemputan dan persembahan nyanyian dari band muzik APM.

Berikut adalah senarai pusat latihan dan Negeri yang mengambil bahagian hiasan gerai:

     - Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA).
     - Akademi Latihan Pertahanan Awam, Bangi.
     - Pusat Latihan Pertahanan Awam Jengka.
     - Pusat Latihan Pertahanan Awam Baling.
     - APM Negeri Perlis.
     - APM Negeri Kedah.
     - APM Negeri Perak
     - APM Negeri Pulau Pinang.
     - APM Negeri Sembilan.
     - APM Negeri Melaka.
     - APM Negeri Johor.
     - APM Negeri Terengganu.
     - APM Negeri Pahang.
     - APM Negeri Sabah.
     - APM Negeri Sarawak.
   

APM Perak menerima cenderahati 
berupa hamper dinobat antara 5 gerai terbaik
pilihan YAB TPM

Gerai APM Perak menerima kunjungan daripada
YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah bt Dr. Wan
Ismail

Anggota APM Batang Padang sedang 
membuat persiapan akhir di gerai APM Perak

Gerai APM Perak yang telah siap

Menu Mee rebus Mastan Ghani Teluk Intan
di bawa khas oleh APM Bagan Datuk

Anggota Sedang membuat wiring di gerai



OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...