Pada 05 hingga 07 Jul 2019 yang lalu, telah berlangsung Himpunan Angkatan Pertahanan Awam (HIPA 2019) PISPA Kolej Komuniti seluruh negeri Perak di tapak perkhemahan Bukit Larut, Taiping. APM Daerah Batang Padang telah menghantar seramai 10 orang pelajar kolej Komuniti Tapah termasuk pegawai pengiring ke perhimpunan tersebut. Sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung, beberapa acara telah dipertandingkan antaranya,
- Jungle Tracking.
- Memasak kecemasan.
- PISPA Skill.
- Melawan kebakaran.
- Ascending Semi Mechanical.
- Menyelimut Usungan.
- Mengangkat tayar.
PISPA di bawah kelolaan APM Daerah Batang Padang hanya berjaya menduduki tempat ke 4 dari 10 pasukan yang bertanding. HIPA 2019 menerapkan semangat setiakawan antara anggota PISPA dari seluruh negeri Perak. Semoga ianya memberi manfaat dan pengajaran buat semua yang terlibat.
PPAD Batang Padang beri taklimat sebelum
PISPA Tapah memulakan pertandingan
Sebahagian PISPA Kolej Komuniti seluruh
negeri Perak yang mengambil bahagian
Ascending Semi Mechanical
Menyelimut Usungan




No comments:
Post a Comment