Thursday, August 1, 2019

Latihan Menggunakan Alatan Operasi Dan Menyelenggara Alatan Operasi (Chainsaw)

Pada 1 ogos 19 (Khamis), anggota APM Daerah Batang Padang telah mengadakan latihan pemantapan menggunakan alatan operasi dan menyelenggara alatan operasi. Seramai 8x anggota telah menjalani latihan tersebut.



 PBT Firdaus sedang memberi tunjuk ajar cara menggunakan chainsaw dengan betul. Penggunaan alatan operasi dengan betul adalah bertujuan untuk keselamatan orang awam serta keselamatan anggota yang sedang bertugas.



PBT Noor sedang melakukan pemeriksaan ke atas Chainsaw sebelum melakukan aktiviti menebang pokok. Pemeriksaan sebelum melakukan penebangan pokok amat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.





 Anggota APM Batang Padang sedang melakukan penyelanggaraan selepas melakukan aktiviti menebang pokok. Aktiviti ini harus dilakukan apabila selesai menebang pokok. Tujuannya adalah bagi memastikan Chainsaw tersebut berada dalam keadaan baik sekiranya mendapat panggilan kecemasan.




PBT Darwansi sedang memberi tunjuk ajar cara untuk mencuci chainsaw dengan betul. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kerosakkan pada Chainsaw sekiranya dilakukan secara salah

No comments:

Post a Comment

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...