Tuesday, April 21, 2020

LAPORAN PENUGASAN RONDAAN PKP COVID-19 BERSAMA AGENSI LAIN DAERAH BATANG PADANG

Pada tarikh 22 APRIL,anggota APM Batang Padang telah melakukan penugasan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) COVID-19 di Pasar Awam Tapah pada jam 0600hrs.APM Batang Padang telah melaksanakan penugasan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.Anggota APM Batang Padang telah melaksanakan tugasan kawalan orang awam memasuki Pasar Awam Tapah bersama agensi lain iaitu RELA,MDT,ATM,PDRM,SSPDRM,KPDNHKK dan mengawal dan menjaga jarak 1Meter antara indiviu ketika  memasuki Pasar Awam Tapah.Seterusnya,memeriksa suhu badan orang awam ketika memasuki Pasar Awam Tapah.Anggota APM Batang Padang telah selesai pada jam 1300hrs dan selamat sampai di Pusat Kawalan Operasi Daerah(PKOD) Batang Padang.Rondaan ini masih diteruskan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat.




Anggota APM Batang Padang memeriksa suhu badan orang sebelum 
memasuki Pasar Awam Tapah.

Friday, April 10, 2020

PENUGASAN RONDAAN OMNIPRESENCE BERKENAAN COVID-19

Pada 10 April 2020, anggota APM Batang Padang telah membuat rondaan Omnipresence iaitu rondaan untuk menguatkuasakan perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.Rondaan ini bukan sahaja untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut tetapi juga memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahayanya COVID-19 dan memberi khidmat nasihat perkara-perkara yang perlu dielakkan agar ianya tidak berjangkit kepada orang lain seperti memberi nasihat menggunakan penutup mulut,membasuh tangan menggunakan sabun selama 20saat/menggunakan hand sanitizer dan menerangkan pentingnya mengekalkan jarak 1meter antara individu lain.Ia perlu kerana masih terdapat masyarakat setempat yang tidak memahami bagaimana virus ini menular.Disamping itu,juga masih ramai lagi yang keluar tanpa ada urusan walaupun Kerajaan telah mengeluarkan arahan tersebut.Anggota APM Batang Padang telah selamat sampai di Pusat Kawalan Operasi Daerah Batang Padang(PKOD) Batang Padang pada jam 13:00hrs.Rondaan ini masih diteruskan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Tersebut di tamatlan.


Anggota APM Batang Padang mengawal pergerakan orang ramai
memasuki BANK.



Saturday, April 4, 2020

LAWATAN KERJA PPJ.(PA) ABDUL WAHAB BIN RAHIM,BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA DAN OPERASI KE QUARINTINE STATION DI ILS SUNGKAI,PERAK

Pada 01 APRIL yang lalu,PPJ.(PA) Abdul Wahab Bin Rahim,Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi telah membuat lawatan kerja ke Quarantine Station di ILSM.Beliau tiba pada jam 1810H dan ketibaan beliau disambut oleh Penyalaras QS Kapt.Shahrizal Bin Hussin,PPAD Batang Padang,Kapt.(PA)Nasarudin Bin Abu Bakar,Pegawai PDRM-PGA,Insp Abdullah Bin Ibrahim dan mengiringi pegawai-pegawai APM yang lain.Sepanjang lawatan tersebut beliau telah ditaklimatkan oleh Kapt.(PA) Shahrizal Bin Hussin yang merupakan penyalaras QS di ILSM Sungkai dan beliau juga dibawa melawat sekitar zon kuning dan zon merah di QS Sungkai.Secara keseluruhan beliau amat berpuashati dengan pengoperasian di pusat Quarantine Station ini.Lawatan berakhir pada jam 1945H.






OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...