Pada 10 April 2020, anggota APM Batang Padang telah membuat rondaan Omnipresence iaitu rondaan untuk menguatkuasakan perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.Rondaan ini bukan sahaja untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut tetapi juga memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahayanya COVID-19 dan memberi khidmat nasihat perkara-perkara yang perlu dielakkan agar ianya tidak berjangkit kepada orang lain seperti memberi nasihat menggunakan penutup mulut,membasuh tangan menggunakan sabun selama 20saat/menggunakan hand sanitizer dan menerangkan pentingnya mengekalkan jarak 1meter antara individu lain.Ia perlu kerana masih terdapat masyarakat setempat yang tidak memahami bagaimana virus ini menular.Disamping itu,juga masih ramai lagi yang keluar tanpa ada urusan walaupun Kerajaan telah mengeluarkan arahan tersebut.Anggota APM Batang Padang telah selamat sampai di Pusat Kawalan Operasi Daerah Batang Padang(PKOD) Batang Padang pada jam 13:00hrs.Rondaan ini masih diteruskan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Tersebut di tamatlan.


Anggota APM Batang Padang mengawal pergerakan orang ramai
memasuki BANK.
No comments:
Post a Comment