Monday, April 22, 2019

LATIHAN PENGENDALIAN BOT

Pada 13 Apr 2019 yang lalu, APM Batang Padang telah melaksanakan latihan pengendalian bot di Tasik Temoh, Tapah, Perak.Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua lapisan anggota cara pengendalian bot dan penjagaan bot dengan betul. Ia juga bertujuan menguji kemampuan 2 bot yang baru diterima oleh APM Batang Padang. Latihan telah dilaksanakan mulai jam 0800 hingga 1600. Secara keseluruhan, anggota telah berjaya mengendalikan bot berkenaan dengan baik. Kapt (PA) Shahrizal bin Hussin (PPAD Batang Padang) amat berpuashati dengan latihan yang telah dilaksanakan.


Taklimat PPAD kepada anggota sebelum latihan



Anggota sedang membuat latihan pengendalian enjin bot
                                                             

Anggota mengendalikan bot secara bergilir

No comments:

Post a Comment

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...