Monday, April 22, 2019

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT MOHAMAD ASHRAF BIN HASSAN PESERTA GOPENG ULTRA TRAIL

05 April 2019.  Kehilangan Mohamad Ashraf bin Hassan atau Acap ketika menyertai pertandingan Gopeng Ultra Trail di Bukit Batu Putih telah menyebabkan operasi SAR di aktifkan oleh JBPM.Sepanjang operasi SAR dilaksnakan, beberapa agensi penyelamat, pasukan keselematan dan orang awam telah terlibat secara aktif mencari individu berkenaan. APM Batang Padang tidak terkecuali dalam misi mencari dan menyelamat tersebut. Pada 05 Apr 19, PDPA Batang Padang, PDPA Kampar dan PDPA LMS telah mengerakkan seramai 1 x Pegawai Tetap dan 27 x anggota sukarela menyertai misi tersebut dengan memulakan pencarian dimulakan dari Riverbug sehingga ke garisan penamat di kaki bukit Batu Putih, Gopeng. Sepanjang pencarian yang mengambil masa selama lebih kurang 6 jam tidak menemui sebarang petunjuk kehilangan Acap. Operasi ditamatkan atas arahan OCPD sehingga pihak berkuasa menemui petunjuk baru untuk mengaktifkan operasi semula.


Kapt (PA) Shahrizal memeriksa first aid kit yg dibawa


Berehat sebentar


                                                   Taklimat oleh PPAD sebelum memulakan operasi mencari

No comments:

Post a Comment

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...