Tuesday, June 18, 2019

LAWATAN PENGARAH APM NEGERI DAN PPAD KE ATAS ANGGOTA DAERAH PERAK TENGAH YANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN JALANRAYA

Pada 17 Jun 2019 (Isnin), Pengarah APM Perak bersama PPAD Batang Padang, PPAD Perak Tengah dan PPAD Manjung, hadir bersama di Hospital Manjung untuk melihat keadaan anggota APM Perak Tengah iaitu Kpl. (PA) Khairul Anuar bin Musa yang terlibat dengan kemalangan ketika pulang setelah tamat tugas di PKOD pada 16 Jun 19.  Hasil dari lawatan tersebut, Pengarah APM Perak telah bertemu waris anggota iaitu anak perempuan anggota bagi membincangkan jenis bantuan yang boleh diusahakan bagi meringankan beban waris anggota berkenaan dan Pengarah telah mengarahkan agar dilancarkan Tabung Kutipan Derma APM Perak untuk anggota berkenaan.

Antara kecederaan yang dialami anggota adalah seperti berikut berdasarkan kepada diagnosis awal Doktor

- Patah peha kanan
- Patang betis kanan
- Patah pinggul kanan
- Patah 3 batang tulang selangka dada
- Luka tangan kanan, kaki kiri dan kanan.

Lawatan juga turut dihadiri saudara-mara dan sahabat-sahabat dari APM Batang Padang, APM Perak Tengah dan APM Manjung. Lapisan Pegawai dan anggota dari APM Batang Padang mendoakan agar anggota diberi kesembuhan oleh Yang Maha Esa.

PPAD APM Batang Padang, PPAD Perak Tengah 
dan PPAD Manjung


Pengarah APM Perak membincangkan sesuatu
dengan saudara/adik beradik anggota

Pengarah bertanyakan sesuatu kepada anak 
anggota

Sebahagian dari anggota yang datang melawat 
Kpl. (PA) Khairul Anuar bin Musa



Keadaan motosikal anggota


Kenderaan yang terlibat dengan kemalangan

Tuesday, June 11, 2019

OP SELAMAT 15 - KJR KM 331 ARAH SELATAN PLUS


OP SELAMAT 15 - KJR KM 334.5 ARAH UTARA PLUS


OP SELAMAT 15 - KJR KM 329 ARAH SELATAN PLUS


OP SELAMAT 15 - KJR KM 330.1 ARAH UTARA PLUS





OPERASI BANJIR - PEMINDAHAN PENDUDUK KE PUSAT PEMINDAHAN

Kg Klah Baru Sungkai - Pada 11 Jun 2019 APM Daerah Batang Padang telah mengerakkan pegawai dan anggota bagi membantu memindahkan penduduk Kg Klah Baru Sungkai yang dilanda banjir kilat, ke Pusat Pemindahan (PP) PPAD APM Daerah Batang Padang selaku Sekretariat Bencana Daerah Batang Padang, turut bersama untuk melihat segala tugasan yang dilaksanakan anggota dan kelancaran operasi pemindahan berjalan dengan lancar. 

Kenaikan paras air adalah disebabkan hujan yang berpanjangan serta keadaan sungai yang cetek dan sempit menyebabkan limpahan air dari atas tidak dapat menampung sungai berkenaan sehingga menyebabkan banjir dan paras air di daratan naik sedalam 1 meter.  Selain dari anggota APM (APM Batang Padang, Muallim dan Manjung), beberapa agensi lain juga terlibat di dalam operasi berkenaan iaitu PDRM, JBPM dan JKM. Berikut adalah info berkaitan operasi berkenaan: 

Bilangan Keluarga : 10
Lelaki Dewasa : 10
Perempuan Dewasa : 10
Kanak-kanak Lelaki : 2
Kanak-kanak Perempuan - 5
Bayi : -
Warga emas perempuan : 2
Warga emas lelaki : -
Jumlah Keseluruhan : 29

Operasi bermula pada 11 Jun 2019 (0730H) dan berakhir pada 12 Jun 2019 (0830H). Kesemua mangsa telah dibenarkan pulang pada 12 Jun 2019 setelah paras air sungai mulai surut. 




Persiapan Pusat Pemindahan

PPAD bertanyakan sesuatu kepada penduduk

Sebahagian dari bantuan yang dihantar ke
Pusat Pemindahan

Pergerakan anggota ke kawasan dilanda banjir

Sebahagian bantuan yang telah tiba

Partition 

Pihak JKM dan PDRM yang turut membantu



Pendaftaran mangsa yang dipindahkan
oleh JKM dan PDRM

Lokasi yang dinaiki air


Monday, June 3, 2019

GOTONG ROYONG MENYIAPKAN LEMANG RAYA


Pada 04 Jun 2019, Pegawai dan anggota APM Batang Padang telah bersama-sama bergotong royong bagi menyiapkan lemang raya untuk pegawai dan anggota yang tidak berkesempatan untuk membuat lemang mereka sendiri disebabkan kesibukan bertugas ketika hari perayaan. Sehubungan itu, PPAD mengambil inisiatif, membuat aktiviti gotong royong menyiapkan lemang raya kepada pegawai dan anggota yang ingin menjadikan lemang sebagai juadah hari raya. PPAD turut sama hadir untuk melihat sendiri gotong royong ini. Ia adalah sebagai salah satu bentuk kebajikan kepada pegawai dan anggota yang ingin membeli lemang dengan harga yang berpatutan dan juga akan diberikan kepada petugas Op Selamat 15 (APM Batang Padang dan Bomba Tapah) bagi menghargai mereka yang bertugas pada hari perayaan ini. 












UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI APM DAERAH BATANG PADANG




OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...