Saturday, May 23, 2020

BERTAKBIR DALAM BERTUGAS

Pertama sekali kami APM BATANG PADANG ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua agar semua dalam keadaan sehat sejahtera.

Walaupun dihari lebaran yang dinantikan semua, kami anggota APM BTG PDG tetap berdiri teguh menjalankan tugas dan amanah dengan penuh semangat demi keselamatan semua dan demi memutuskan rangkaian virus covid-19.

Anggota APM BTG PDG telah menjalankan tugasan memantau di masjid-masjid sempena Hari Raya Aidiltri dan dikawasan Bank. Ini bagi memastikan tiada aktiviti berkumpul setelah solat sunat Aidilfitri dan bagi memastikan setiap individu menjaga jarak sosial antara satu sama lain.







Akhir kata kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami bertugas kami terkasar bahasa tanpa kami sedar 
#selamathariraya #covid-19 #kitajagakita #kitapastimenang

No comments:

Post a Comment

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...