Thursday, June 4, 2020

LAPORAN 4 JUN 2020

BAYU PAGI YANG MENCABAR

TARIKH 4 JUN 2020
Pada jam 0800 Hrs Pegawai serta anggota APM Batang Padang telah bersiap-siap untuk membuat pemantauan paras air di sekitar Daerah Batang Padang. Kerana hujan yang berterusan tanpa henti dikuatiri terdapat beberapa kawasan di tengelami air. Antara lokasi yang di pantau ialah

a.    Kg Klah Baru, Sungkai
b.    Kg Buluh Telu, Bidor
c.    Kg Menderang, Bidor
d.    Kg Bikam, Sungkai
e.    Kg Poh, Bidor
f.      Sungai Batang Padang, Tapah
g.    Kg Banir Estate, Tapah
 dan beberapa tempat lagi.

Pada masa yang sama juga APM Batang Padang telah menerima Kes Pokok Tumbang di Kg Pulau 3, Tapah dan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut kerana pokok tersebut telah tumbang dan menutup kedua-dua belah jalan. Seterusnya pokok telah berjaya di alihkan dengan kerjasama APM dan BOMBA TAPAH serta Pekerja Belati.






sekiranya terdapat sebarang kes kecemasan atau bencana boleh hubunggi APM BATANG PADANG di talian kecemasan 999

No comments:

Post a Comment

OPERASI BANJIR KILAT

OPERASI BANJIR KILAT DI DAERAH BATANG PADANG Pada 6 Julai 2020 jam 20:30 Hours APM Daerah Batang Padang telah menerima panggilan megenai kej...